PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
(MPU21032)
NAMA PENSYARAH:PUAN SHAKINAH BINTI MUSTAPHA
TAJUK 6: KEPELBAGAIAN IDEA “BANGSA IDAMAN” DAN PERBAHASAN
NAMA | NO PENDAFTARAN |
Nur Alya Maisarah Binti Hasnon | 20DPM21F1017 |
Erika Syasya Binti Ramsyah | 20DPM21F1019 |
Valencia Alyssa Binti Kupu | 20DPM21F1050 |
Nurul Nazatul Nadia Binti Masdar | 20DPM21F1052 |
NO |
ISI KANDUNGAN |
1.0 |
Pengenalan |
2.0 |
Maksud Negara dan Bangsa |
3.0 |
Konsep Negara |
4.0 |
Bangsa-bangsa Utama Di Tanah Melayu |
5.0 |
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan |
6.0 |
Prinsip Rukun Negara |
7.0 |
Objektif Rukun Negara |
8.0 |
Kesimpulan |
1.0 PENGENALAN
“Bangsa Idaman” merupakan sebuah harapan, sebuah idaman malah sebuah impian dalam mencapai perpaduan antara kaum di Malaysia yang menjadi satu bangsa atau negara yang sekian lamanya kerajaan Malaysia idamkan. Namun idea “bangsa idaman” sehingga kini masih menjadi impian malah yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia.
Etnik didefinisikan sebagai sebuah kelompok manusia yang mempraktikkan atau mengamalkan budaya yang hampir sama dari segi aspek adat resam, Bahasa, pakaian atau kegiatan ekonomi.Konsep etnik sering dikaitkan dengan konsep ras, bangsa dan kaum walaupun hakikatnya ketiga-tiga konsep tersebut mempunyai maksud yang berbeza.
Antara contohnya ialah dimana kelompok yang strategik seperti nasionalis Melayu terdapat tiga jalur bangsa idaman iaitu kelompok pertama, “Melayu Raya” anjuran kelompok strategik kiri Melayu . Kelompok kedua, “negara Islam” anjuran daripada kelompok strategik berorientasi Islam dan yang ketiga ialah “masyarakat majmuk pimpinan melayu” iaitu etnik yang telah diterima oleh pihak British ketika itu. Pihak British telah memilih untuk menyokong dan mempromosi jalur ketiga melalui Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) pada 1949.
Ras dan bangsa lebih menekankan perbezaan fizikal atau sifat-sifat yang berkaitan dengan biologi seperti keturunan dan pertalian darah.
2.0 MAKSUD NEGARA DAN BANGSA
Istilah bagi negara ialah wadah organisasi yang digunakan untuk menampung dan melayani bangsa-bangsa yang ada dalam sesebuah negara.
Bangsa merupakan entiti kepada sebuah budaya atau etnik yang memiliki identiti, budaya, adat serta memiliki ideologi yang sama.
Istilah “negara bangsa” pula ialah menandakan bahawa kedua-duanya adalah sama dan dapat dibezakan dengan bentuk kenegaraan yang lain yang telahpun wujud sebelum ini lagi.
3.0 KONSEP NEGARA-BANGSA
Konsep negara-bangsa ataupun juga dikenali sebagai nation-state membawa maksud kepada kemodenan tumbuh dan mekar di Eropah Barat. Selain itu, beberapa buah negara yang telah dijajah juga mengalami impak-impak sosioekonomi (India, Malaysia, Australia, USA dan Canada). Contohnya :
- Wujudnya negara-negara baru. (Brunei dan MIB)
- Wujudnya bangsa tanpa negara. (Bangsa Moro)
- Wujudnya negara tanpa bangsa. (Malaysia, Singapura, Indonesia)
3.1 BANGSA IDAMAN SEBELUM MERDEKA
Bangsa idaman sebelum merdeka merujuk kepada sebuah pergerakan nasionalisme yang merancang serta berjuang bagi memperoleh kemenangan dan kemerdekaan dalam bentuk kerangka bangsa idaman yang membawa maksud kepada sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka idamkan. Makna tersebut juga selari dengan agenda ekonomi, politik, sosial dan budaya setempat. Misalnya, dalam kalangan kumpulan strategik nasionalis Melayu, terdapat tiga jalur bangsa idaman yang utama, iaitu:
- Melayu Raya (Kelompok Strategik Kiri)
- Negara Islam (Strategik Berorientasikan Islam)
- Masyarakat Majmuk / Malay-Led Society Nation (Pimpinan Melayu)
Semua kelompok serta kumpulan tersebut telahpun diterima dengan seadanya oleh pihak kolonial malahan menyokong dan mempromosikan jalur ketiga melalui CLC 1949 (Communities Liaison Committee 1949)
3.2 BANGSA IDAMAN SELEPAS MERDEKA
Bangsa idaman selepas merdeka pula merujuk kepada keinginan kolektif bagi memiliki suatu “ Identiti Nasional “. Asasnya, idea bagi konsep ini ialah sebuah pernyataan mengenai bangsa idaman ataupun juga dikenali lebih umum sebagai wajah baru Malaysia yang diinginkan majoriti penduduk setempat. Antara Bangsa Idaman utama pasca ialah Merdeka 1957. Merdeka 1957 membawa konsep “ Malaysian Malaysia “ iaitu anjuran kelompok strategik asal Singapura pada awal tahun 1960, manakali dari Malaysia pula pada akhir tahun 1990. Bngsa idaman juga ialah pegangan pemerintah, masyarakat majmuk pimpinan Melayu (Malay-Led Society Nation).
3.3 BANGSA IDAMAN SELEPAS DASAR EKONOMI BARU (DEB)
Bangsa idaman selepas DEB adalah Bangsa Malaysia iaitu Wawasan 2020 dimana bangsa Idaman yang dianjurkan oleh pihak kerajaan semasa di bawah pimpinan DR. Tun Mahathir Bin Mohamad menerima promosi secara besar-besaran. Menjurus kepada itu, Gagasan 1 Malaysia Bangsa Idaman yang dianjurkan oleh kerajaan ( Dato Sri Haji Mohammad Najib Bin Tun Haji Abdul Razak ) juga tidak lupa untuk dipromosi secara besar-besaran di seluruh negara. Kelompok strategi internet hub ( luar negeri ) juga menganjurkan bangsa idaman untuk Sabah iaitu Sabah untuk Sabahan.
3.4 BANGSA IDAMAN ERA MALAYSIA BARU
Bangsa idaman Era Malaysia Baru telah bermula dan dijalankan sejak Mei 2018 sehingga Ogos 2019 ( 15 bulan ). Konsep ini telah menimbulkan persaingan yang amat sengit dan hebat antara beberapa bangsa idaman. Hal ini kerana, Tun Dr. Mahathir bertekad untuk mengekalkan bangsa idaman iaitu “ Masyarakat Majmuk Pimpinan Melayu “. Sehala dengan itu, PPBM. UMNO dan PAS juga masih mahu mengekalkan bangsa idaman ini walaupun terpaksa menghadapi beberapa perbezaan antara dua pihak parti tertentu. Kehadiran DAP sebagai komponen utama juga menunjukkan masih terdapat unsur-unsur konsep Bangsa Idaman Malaysian Malaysia direalisasikan.
4.0 BANGSA-BANGSA UTAMA DI TANAH MELAYU
Bangsa Melayu
Mereka bertutur menggunakan bahasa Melayu, beragama Islam dan mengamalkan tradisi dan adat istiadat Melayu. Dari sudut sejarah, rumpun Melayu meliputi penduduk yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu. Masyarakat Melayu di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan yang berbeza iaitu anak jati, anak dagang dan peranakan.Anak jati ialah istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang melayu yang merupakan penduduk pribumi Malaysia.Mereka ialah satu daripada kumpulan yang membentuk masyarakat melayu di Malaysia .Anak dagang ialah satu istilah yang merujuk kepada orang melayu di Malaysia yang nenek moyang mereka berasal daripada kepulauan Indonesia dan selatan Thailand dan lain-lain.Peranakan ialah satu istilah yang merujuk kepada sekumpulan orang melayu di Malaysia yang wujud hasil daripada perkahwinan campur antara orang melayu dengan bangsa-bangsa asing dari luar Asia Tenggara. Bagi bangsa melayu pakaian tradisional yang masih dipakai oleh orang melayu sehingga masa kini ialah baju kurung untuk perempuan manakala untuk lelaki pula ialah baju melayu bersamping. Seterusnya makanan tradisional bagi bangsa melayu ialah nasi lemak, ketupat, rendang dan kuih bahulu.selain itu antara alat musik tradisional yang masih dimainkan hingga masa kini ialah kompang,gambus, rebana dan banyak lagi. Tarian tradisional yang masih dipersembahkan pula adalah tarian zapin, tarian asli dan sebagainya. Bagi perayaan yang dirayakan oleh orang melayu adalah Hari Raya Aildilfitri dan Hari Raya Korban.
Bangsa Cina
Orang Cina di Malaysia merupakan kaum yang kedua terbesar di negara ini. Malaysia dan China telah mempunyai hubungan politik dan perdagangan sejak berabad dahulu. Kebanyakan keturunan Kaum Cina hari ini berasal daripada pendatang yang datang ke negara ini pada kurun ke-19. Kehadiran orang cina di tanah melayu dapat dikesan semenjak zaman kerajaan melayu melaka. Ketika itu terdapat hubungan di antara melaka dengan negeri China. Mereka terkenal kerana kuat bekerja dan pandai berniaga. Masyarakat cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan dialek utama iaitu Hakka, Kantonis , Teochew, Haina dan Fuzhou.Antara budaya orang cina di Malaysia dari segi pakaian tradisional ialah cheongsam untuk perempuan dan hanfu untuk lelaki.Seterusnya ialah makanan tradisional bagi orang cina ialah bak kut the, char kuey teow, jiaozi dan kuih bulan. Alat muzik tradisional bagi orang cina pula ialah liuqin, pipa, qin zheng dan sebagainya. Selain itu tarian tradisional orang cina di Malaysia ialah tarian singa, tarian naga, tarian kipas dan lain-lain. Hari perayaan yang disambut oleh orang cina ialah Tahun Baru Cina , Pesta Tanglung, Perayaan Kuih Bulan dan Pesta Perahu naga.
Bangsa India
Orang India Malaysia ialah rakyat Malaysia yang berasal dari India. Kebanyakan mereka datang ke Malaysia semasa zaman penjajahan British di Malaysia. Namun, sumber-sumber sejarah membuktikan bahawa kaum India tiba di Malaysia sejak zaman keagungan Dinasti Chola. Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara ini. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini sebagai contoh pakaian tradisional yang masih digunakan sehingga kini iaitu sari untuk perempuan dan dhoti untuk lelaki. Seterusnya makanan tradisional bagi orang india ialah nasi briyani, muruku, roti canai, tosai dan sebagainya. Alat musik tradisional bagi orang india ialah dholak, manjira, tabla dan sitar.Tarian tradisional bagi orang India ialah tarian bharata Natyam dan kathak. Bagi perayaan yang disambut oleh orang india ialah Deepavali, thaipusam, vishu , pesta cahaya dan lain-lain. Perayaan Deepavali atau Pesta Cahaya disambut penuh kegembiraan sebagai tanda kemenangan menurut kepercayaan masyarakat Hindu. Ini kerana ia dikaitkan dengan latar belakang sejarah di sebalik perayaan ini yang dijadikan rujukan kepada soal universal tentang manusia dan keadilan sejagat.
5.0 BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN
● Unsur tradisi seterusnya yang disentuh dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 melalui perkara 152 ialah kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
● Akan tetapi, perkara ini juga memperuntukkan agar tiada sesiapa yang boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan atau mengajar dan mempelajari bahasa-bahasa lain.
● Seterusnya, kerajaan persekutuan juga berhak untuk mengekalkan dan memelihara bahasa-bahasa lain.
6.0 PRINSIP RUKUN NEGARA
❖ Kepercayaan kepada Tuhan
❖ Kesetiaan kepada Raja dan Negara
❖ Keluhuran Perlembagaan
❖ Kedaulatan Undang-undang
❖ Kesopanan dan Kesusilaan
7.0 OBJEKTIF RUKUN NEGARA
➢ Mencapai Perpaduan Yang Lebih Erat
- Semua rakyat perlulah menyokong matlamat untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli masyarakatnya bangga menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama masing-masing.
- Semua rakyat juga digalakkan untuk mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.
➢ Memelihara Cara Hidup Yang Demokratik
- Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan. kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara.
➢ Mencipta Sebuah Masyarakat Yang Adil
- Bagi mencapai tujuan wujudnya sebuah masyarakat yang adil, pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak yang lebih maju.
➢ Membentuk Satu Sikap Yang Liberal Terutamanya Terhadap Tradisi Kebudayaan Masing-Masing
-Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama dan adat resam serta kebudayaan masing-masing sesuai dengan matlamat perpaduan negara.
-Semua masyarakat digalakkan untuk bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada bangsa dan negara Malaysia.
➢ Membina Sebuah Masyarakat Progresif
- Mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang dapat mencapai kemajuan dalam bidang sains dan teknologi selaras dengan perkembangan teknologi terkini.
- Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan masyarakat yang bergerak maju selari dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya dapat membantu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju.
8.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, apa yang dapat kami simpulkan daripada tajuk yang telah kami kemukan iaitu Kepelbagaian Idea “Bangsa Idaman” ini ialah Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa atau rakyat yang berbilang kaum.Dari situ, kita dapat lihat gambaran bahawa rakyat Malaysia mempunyai ciri-ciri perpaduan yang kukuh.
Selain itu,pemahaman rakyat Malaysia mengenai sejarah tanah air juga dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri kita semua.Hal ini dikatakan demikian kerana melalui ini kita dapat memperoleh pengajaran tentang betapa pentingnya hidup bermasyarakat dalam berbilang kaum supaya terus bersatu padu dan hidup dalam harmoni.
Akhir sekali, kami menyedari bahawa terdapat pelbagai bangsa dan kaum yang terdapat di Malaysia selain daripada bangsa Cina,Melayu dan India.Bangsa-bangsa yang terdapat di Malaysia inilah merupakan “Bangsa Idaman’ kerana mempunyai keistimewaan yang tersendiri dalam kehidupan Malaysia.
Rujukan :
https://anyflip.com/xegbw/laxl/basic (11/11/2021)
https://penghayatanetikadanperadaban32.blogspot.com/2021/04/kepelbagaian-idea-bangsa-idaman dan.html?m=1 (11/11/2021)
https://pembinaanperadabanmajmukdimalaysia.blogspot.com/2020/10/54-kepelbagaian-idea-bangsa-idaman-dan.html?m=1 (11/11/2021)
https://amandaleonard89.blogspot.com/2021/04/mpu21032penghayatan-etika-dan-peradaban.html?m=1 (11/11/2021)
https://www.kln.gov.my/web/esp_madrid/news-from-mission/-/blogs/objektif-dan-prinsip-rukun-negara (11/11/2021)
No comments:
Post a Comment